Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Saturday, October 2, 2010

Ikhlas Education Takaful Classic


“Insurans terbaik ialah pendidikan yang bagus”
 IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
PENGENALAN
Memiliki pendidikan sempurna adalah passport kea rah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu kami memperkenalkan anda dengan IKHLAS Education Classic.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan . selain ini juga, pelan ini menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilhan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS EDUCATION CLASSIC
1. BERIKAN ANAK ANDA NIKMAT PERLINDUNGAN INSURANS DI SAAT ANDA MENABUNG
    UNTUKNYA.
·         Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini anda akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

2. MANFAAT KEMATIAN & KEHILANGAN UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH (TPD)
·         Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam akaun pelaburan peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yangakan dibayar adalah seperti berikut:-

Umur kematian / TPD
(Harijadi Berikutnya)
Peratusan Jumlah
Sumbangan Dibayar
1 tahun
20 %
2 tahun
40 %
3 tahun
60 %
4 tahun
80 %
5 tahun dan keatas
100 %

MENGAPA IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC?
1. MANFAAT KEMATANGAN
·         Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

2. PENGELUARAN WANG TUNAI
·         Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM 15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

3. PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
·         Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya kedalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

4. ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
·         Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Jadual manfaat anugerah adalah seperti berikut:-




EXCELLENT
ACHIEVER
AWARDS
NO.
Examination category
Minimum Criteria
Benefit Payable
1.
UPSR(standard 6)
5A
RM100.00
2.
PMR(Form 3)
7A
RM100.00
3.
SPM(Form 5)
7A
RM100.00


SYARAT DAN HAD UMUR
ISU UMUR                            :  30 Hari – 12 Tahun, (umur pada harijadi berikutnya)
HAD ISU                                :  Minimum RM 10,000
UMUR PENAMATAN            :  Maksimum RM 150,000
TEMPOH PERLINDUNGAN  :  6-22 tahun

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK.
·         Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan dimana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukkan pendapatan pelaburan dan lebihan yang kerap daripada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.


KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah. Kami turut member keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepad falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama- para pelanggan kami.

Di bawah konsep Takaful “Tabbaru”, peserta mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan dana risiko untuk membantu pesertalain. Model “Wakalah” kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dari dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dimana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga memberikan lebihan dan hasil pulangan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

“Hadiahkan anak anda masa depan yang lebih sempurna dengan IKHLAS Education Takaful Classic.”
Nota Pengecualian:
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran yang lengkap.

No comments:

Post a Comment