Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Saturday, October 2, 2010

Ikhlas Payor Savings Takaful Rider

“Anda dilindungi dari segi kewangan walaupun ditimpa sesuatu tidak diingini”
 IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER
IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER merupakan pelan takaful rider yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas berkurangan. Pelan ini akan mengecualikan semua sumbangan tidak tertunggak sijil ini dimasa depan (termasuk rider-rider yang disertakan) sekiranya berlaku kematian ke atas penyumbang, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dan/atau penyumbang telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritil (seperti dinyatakan didalam kontrak) sebelum tempoh matang sijil.

APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER?
1. MANFAAT KEMATIAN
·         Sekiranya berlaku kematian penyumbang, yang diakibatkan oleh semua sebab, sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider disertakan , mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.
2. KEHILANGAN UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL (TPD)
·         Sekiranya berlaku (TPD) kepada penyumbang yang disebabkan oleh semua sebab tertakluk kepada syarat dan peraturan rider, semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.
3. MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL
·         Sekiranya penyumbang disahkan mengidap salah satu daripa penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak), semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.
4. SYARAT-SYARAT
·         Sekiranya berlaku TPD atau penyumbang disahkan menghidap penyakit kritikal, jumlah perlindungan manfaat penyumbang akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1.      Kehilangan upaya menyeluruh dan kekal adalah berdasarkan kepada definisi “sebarang pekerjaan”.
2.      Manfaat kehilangan upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang menyakinkan (tempoh menunggu) dan kehilangan upaya tersebut berterusan untuk tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan.
3.      Syarikat berhak untuk mengenakan sumbangan tambahan sekiranya terdapat laporan pemeriksaan perubatan penyumbang yang kurang memuaskan.
4.      Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah sijil.

MENGAPA IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER?
SIMPANAN / PELABURAN
Tidak seperti pelan konvensional, pelan ini direka unik bukan d=sahaja untuk member perlindungan malah menggalakkan simpanan/pelaburan.
TEMPOH MATANG SIJIL
Bila tempoh matang sijil, lebihan akaun pelaburan risiko peribadi peserta beserta dengan jumlah keuntungan dan lebihan akan dibayar kepada peserta.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (sila hubungi kami untuk keterangan lanjut).

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah. Kami turut member keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepad falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama- para pelanggan kami.

Di bawah konsep Takaful “Tabbaru”, peserta mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan dana risiko untuk membantu pesertalain. Model “Wakalah” kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dari dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dimana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga memberikan lebihan dan hasil pulangan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

“Pelan yang memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda tahu kewangan keluarga anda dilindungi.”
Nota Pengecualian:
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran yang lengkap.

No comments:

Post a Comment