Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Saturday, October 2, 2010

Ikhlas Saving Takaful

“Kehidupan Penuh Dengan Ketidaktentuan… Jadi Rancanglah Dengan Bijak Untuk Melindungi Kehidupan Anda Yang Tidak Ternilai”

 IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan semula kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen untama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan dibawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:
·         Tahap Perlindungan Bertempoh
·         Akaun Pelaburan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL member perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut:-
1. FAEDAH KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
·         Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul didalam akaun pelaburan peribadi akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.
Nota: semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.
2. MANFAAT TEMPOH MATANG
·         Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari akaun pelaburan peribadi serta lebihan dari dana risiko melalui akaun terkumpul Ta’awuni.
3. JUMLAH SUMBANGAN
·         Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.


MENGAPA IKHLAS SAVINGS TAKAFUL?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada akaun pelaburan peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum diantara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan keatas akaun pelaburan peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya kedalam akaun pelaburan peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah. Kami turut member keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepad falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama- para pelanggan kami.

Di bawah konsep Takaful “Tabbaru”, peserta mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan dana risiko untuk membantu pesertalain. Model “Wakalah” kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dari dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dimana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga memberikan lebihan dan hasil pulangan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.
“ sudahkah anda membuat persediaan bagi diri dan keluarga anda dalam melayari liku kehidupan ini?”

Nota Pengecualian:
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran yang lengkap.

No comments:

Post a Comment