Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Saturday, October 2, 2010

Ikhlas ImmEdiate Death Expenses Takaful Rider


“Memberi Waris Anda Sedikit Keselesaan Di Saat Mereka Dilanda Kesedihan”
IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER

IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER dicipta untuk memberi
perlindungan ke atas kematian peserta di dalam tempoh pegangan sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER
·         Ikhlas immediate death expenses takaful rider memberi bantuan kewangan segera kepada waris terdekat peserta jika berlaku kematian ke atas peserta.

MANFAAT KEMATIAN
Apabila berlaku kematian peserta dalam tempoh pegangan sijil, jumlah perlindungan ke atas perbelanjaan pengkebumian beserta dengan jumlah lebihan dalam akaun risiko peribadi peserta akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekat.
Nota: semua manfaat diatas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

Mengapa IHKLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER?
Kelulusan tuntutan yang mudah dan cepat
Sebaik sahaja syarikat berpuas hati dengan bukti kematian, waris atau keluarga terdekat peserta akan menerima manfaat perbelanjaan kematian secepat mungkin tanpa perlu menghantar dokumen sampingan sebagai sokongan.
Pulangan pelaburan yang lebih baik
Model takaful ikhlas membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (sila hubungi kami untuk keterangan lanjut).

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah. Kami turut member keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepad falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama- para pelanggan kami.

Di bawah konsep Takaful “Tabbaru”, peserta mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan dana risiko untuk membantu pesertalain. Model “Wakalah” kami memastikan peserta akan mendapat manfaat dari keuntungan pelaburan dan pembayaran lebihan dari dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dimana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga memberikan lebihan dan hasil pulangan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

“Tiada apa yang boleh menghalang yang tercinta daripada terus menjalani liku kehidupan ini, seandainya segala keperluan masa depan mereka sudah diatur.”
Nota Pengecualian:
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran yang lengkap.

No comments:

Post a Comment