Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Pengenalan


Pengenalan
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. tujuan utama pembinaan laman ini adalah untuk memperkenalkan system insurans islam iaitu Takaful kepada pengguna. Dimana pihak kami membantu anda mengenalkan anda dengan produk Takaful yang serasi dengan anda.
Kami mennyediakan perkhidmatan perunding Takaful dimana kami akan berbincang dengan pelanggan dan mencari apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan-pelanggan kami.
Kita sedia maklum dengan kemunculan pelbagai jenis perlindungan dari banyak company yang tumbuh bagai cendawan sekarang, tapi adakah itu yang betul-betul apa anda perlukan. Adakah pihak yang berurusan dan menguruskan perlindungan anda betul-betul menitik beratkan keperluan dan kemampuan anda. Adakah pihak itu menjadi diri anda sewaktu meniliti produk yang anda perlukan atau hanya mementingkan keuntungan mereka.
Disini anda akan dapat perkhidmatan yang betul-betul menitik beratkan beberapa aspek yang sangat menguntungkan anda antaranya:
· Halal dan haram perlindungan anda
· Kemampuan anda untuk bayaran bulanan perlindungan anda
· Apa yang anda betul-betul perlu sebagai diri anda
· Urusan-urusan lanjut anda dengan polisi perlindungan anda yang berterusan.
· Perkhidmatan yang mesra pelanggan dan telus
· “Kami menjadi diri anda” dalam menemukan anda dengan produk Takaful anda.
Jadi, tunggu apa lagi, hubungi kami dan anda mungkin dijodohkan dengan produk yang betul- serasi dengan anda….
Kepntingan Perlindungan Takaful Untuk Diri Anda.
Ramai antara kita beranggapan yang perlindungan sebegini semata-mata adalah jalan untuk senang.
Anda terkeliru. Takaful adalah system perlindungan yang menjaminkan bantuan saat anda betul-betul memerlukan. Masih ramai lagi pihak yang beranggapan perlindungan ini tidak perlu bagi mereka. Cuba renungkan, kenapa kereta anda perlindungan, kenapa anda tidak? Adakah kenderaan anda lebih berharga dari anda??
Pernakah anda terpikir tentang betapa berharganya anda dari pandangan mata orang-orang yang mengasihi anda? Dan betapa deritanya mereka saat kehilangan anda walau untuk semetara atau selamanya? Dan betapa peritnya mereka untuk sedaya upaya mengelak kehilangan anda?
Memang benar kata segelintir masyarakat. “Bayar tiap bulan bukan ada claim pun”. Tapi itu waktu anda tidak ditimpa apa-apa masalah. Apa pula cerita kalau terjadi apa-apa pada anda?
Memang benar anda mampu beri orang-orang yang berlindung bawah kasih saying anda, tapi itu saat anda mampu, bagaimana nasib mereka saat anda tidak mampu??
Jadi kemari dan jadilah HERO untuk diri anda dan orang-orang yang anda kasihi. Mungkin anda tak dapat memastikan masa depan mereka lagi akan datang, tapi anda mampu beri mereka ruang untuk bernafas dan mengorak langkah setelah kehilangan anda kekal atau sementara. beri mereka kehidupan yang tidak seperit kita.
“Cari jalan, elak kegagalan dan sediakan sokongan waktu memerlukan”