Semua manusia tidak kira agama atau pun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian, kesusahan dan juga kemalangan. Menyedari perlindungan adalah satu keperluan, ia tidak boleh dipandang ringan oleh setiap anggota masyarakat. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedy, maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai terutamanya oleh umat islam pada masa kini ialah melalui perlindungan takaful.

Konsep Takaful


KONSEP TAKAFUL
Pada asasnya, system takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dikalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama).
Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian dan kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu system amali yang mementingkan prinsip-prinsip saling lindung-melindungi antara satu sama lain.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu meraka yang ditimpa musibah. Agama islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkarayang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasullullah s.a.w. yang antaranya:
1. Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu
sama lain”
Diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dan Imam Abu Daud
2. Dalil Tanggungjawab:
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad,
apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga
akan merasainya”
Diriwayatkan Oleh
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim
3. Dalil Saling Melindungi:
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah tiada siapa akan masuk syurga jika
beliau tidak melindungi jiranya yang berada dalam kesusahan”
Diriwayatkan Oleh
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim
Berasaskan hadith-hadith di atas juga, para ilmuan islam memutuskan bahawa usaha
Bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.