DEFINISI TAKAFUL
Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk member sumbangan bagi maksud itu.
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya member erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam AL-QURAN terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang member makna memelihara atau menjaga.
Sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“Maka dia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai uazur) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dibela dan dipelihara oleh nabi Zakaria..”
Surah Ali-Imran (3): 37